-
UEFA dE‘ FUTSAL HKC LK“Road to UEFA Champions League”Lokasi : Dewan Serbaguna Bandar Tun Razak
Masa : 9.30 malam
Tarikh : 29 April 2009
Hari : Rabu“MAIN MESTI MAU MAINPada tempat, alamat serta tarikh di atas HKC LK telah menganjurkan satu pertandingan sempena Perlawanan UEFA yang sedang hangat berlangsung sekarang ini melibatkan Pasukan Gergasi Eropah Barcelona, Manchester United, Arsenal dan Chealsea.
Beberapa ahli HKC LK mewakili pasukan pilihan masing -masing berentap untuk merangkul kejuaraan.Pertandingan ini tidak lain hanya untuk mengeratkan tali persahabatan antara ahli ahli dalam HKC yang bertapak di Lembah Klang.
Kedatangan ahli ahli HKC LK dengan baju bertemakan pasukan masing masing amat memeriahkan suasana. Berikut adalah senarai pasukan dan keputusan Pertandingan.
jatt henry | aflanel messi | saiful eto | tart puyol | r_lunk valdes | Q Alex
(Manager : Sir Zurul Ferguson) | palie foster | din vidic | heads ronaldo | bard macheda | chot rooney | mus cantona | ryan zapan
zam cech | yo drogba | arul ballack | nicholas syaz anelka | K
jamal arshavin | own eduardo | robin van ownz | emmanuel ayenbayor | ayie toure (KRB) | casttelo almuniaFormat pertandingan adalah seperti berikut.
1. Perlawanan timbal balik dengan
2. Kiraan agregat menentukan pasukan yang layak ke akhirSelepas mengharungi kesemua perlawanan Keputusan adalah seperti berikut
1. Barcelona (Johan)
2. Manchester United (Naib Johan)
3. Arsenal (No 3)
4. Chealsea (No 4)Tahniah kepada semua ahli-ahli HKC Lembah Klang dalam menjayakan aktivit santai serta mengeratkan silaturrahim ini. Setidak tidaknya anak-anak muda HKC Lembah Klang dapat menghindarkan diri dari gejala rempit..lepak dan sebagainya.
Tags: Futsal
Selepas pertandingan, lebih kurang jam 2.30 pagi kebanyakan ahli ahli HKC LK bersantai di mamak restoren untuk menyaksikan perlawanan separuh akhir UEFA melibatkan Manchester VS Arsenal berkesudahan Manchester united Menang jaringan O’Shey Minit 17 (1-0) -

Tags: Bolasepak, FutsalLIGA FUTSAL BELIA KEBANGSAAN 2009KUMPULAN F: GAME PENENTUAN KE 2ND ROUND…….…….……………………….………………PIC 09 (KL) [2] vs HKC LK (KEDAH) [4](Aflan, Own, Acik, Ownz)Lokasi : Kompleks Rakan Muda Puchong
Masa : 4.00 petang
Tarikh : 12 April 2009
Hari : Ahad
“MENANG MESTI MAU MENANG”
Sudah rezeki HKC lembah Klang….
HKC Lembah Klang berjaya juga melayakkan diri pada saat-saat akhir dalam game terkahir Group F menentang PIC 09. Ternyata ‘percaturan’ pengurusan utk menunda game yg sepatutnya berlangsung seminggu sebelum itu berjaya ‘menyelamatkan’ HKC LK daripada tersingkir dan menghidupkan peluang HKC LK ke pusingan ke-2. Advantage sebenarnya apabila PIC 09 bersetuju utk menunda game ke petang semalam, kerana HKC LK boleh melihat keputusan game sebelum itu antara PIC & KSBP pada sebelah pagi. Kerana PIC akan bermain bersungguh2 utk memastikan mereka di tangga teratas kumpulan F bagi mengelak bertemu Johan Group H, Maybank. Setelah PIC berjaya tewaskan KSBP, beban mereka telah hilang, justeru game terakhir PIC semalam mereka bermain agak rilex dan merehatkan beberapa pemain utama mereka, di situ HKC LK berjaya mengambil peluang yg terhidang utk mencipta kemenangan bagi merampas satu lagi slot ke 2nd round!
k:
Memang sudah rezeki HKC LK agaknya, KSBP pula melepaskan peluang mereka utk layak setelah tewas kpd PIC walaupun telah mendahului 2-0 pada awal permainan. Mereka juga harus menyalahkan diri sendiri kerana walaupun melakukan jaringan yg lebih drpd HKC LK, namun jumlah gol bolos mereka juga tinggi. Faktor perbezaan gol yg digunapakai dlm LFBK jika 2 pasukan mempunyai mata yg sama, telah memihak kpd HKC LK!!!
Sebelum game:
Dalam web LFBK juga, pihak penganjur mungkin secara tidak sedar atau tersilap perkiraan, telah mengumumkan pasukan yg layak ke 2nd round drpd Group F adalah PIC 09 & KSBP, namun sebenarnya peluang HKC LK masih ada, walaupun tipis. Sekiranya game sebelah pagi antara KSBP vs PIC berkesudahan memihak kpd PIC sptmana pertemuan terdahulu PIC menang besar 6-2, maka HKC LK perlu menang ke atas PIC utk cuba mencuri satu lagi slot ke 2nd round. - sekali lagi team KSBP tewas kpd PIC dalam perlawanan sebelah pagi semalam dgn jaringan 3-5, justeru memberi ruang sedikit utk HKC mencuba nasib utk layak ke 2nd round!
Kedudukan terakhir kumpulan F:-
Team: Game-Mng-Seri-Klh-Gol-Bolos-Goal Diff-Mata
PIC (KL): 3-3-0-1-13-5-8- 9 mata
HKCLK (Kdh): 4-1-2-2-7-9-(2)- 4 mata
KSBP (Sgor): 4-1-1-2-10-14-(4)- 4 mata
Kalau diperhatikan mata HKC LK & KSBP adalah sama, namun perbezaan gol HKC LK adalah -2 (Jaringan=7, Bolos=9) dan KSBP -4 (J=10, B=14)…hanya sedikit kelebihan pada team HKC LK yang melayakkan HKC Lk ke 2nd round.
Apa yang lebih membanggakan, dalam game terakhir semalam, HKC LK berjaya bangkit 2 kali utk mencipta kemenangan yg amat ditagih! Diawal permainan, dalam minit ke-6 Aflan berjaya mengelirukan keeper PIC utk mendahului 1-0. Namun disamakan kembali oleh PIC pada minit ke-10. Selang 6 minit kemudian Own berjaya memastikan HKC di depan dgn gol pada minit ke-15, utk mendahului dlm 1st half 2-1.Bersambung permainan, PIC mengejutkan HKC Lk dgn jaringan penyamaan pada minit ke-25. Namun, pemain bawah 20 HKC LK, Acik tidak mensia-siakan peluang dgn jaringan pada minit ke-30 dan selepas itu setelah puas bertahan menahan beberapa percubaan PIC, HKC LK berjaya menambah gol ke-4 melalui Ownz pada minit2 akhir permainan.
Namun pujian juga harus diberi kpd keeper HKC LK, Azrul Amron, yg kebal mengawal asakan PIC. Begitu juga pemain2 HKC LK yg berupaya menyaingi pemain2 muda PIC dan berjaya juga beberapa kali meledak percubaan berbahaya yg singgah di palang dan tiang gol lawan.
Tahniah pemain futsal HKC LK!!!! Teruskan utk next game!!!

Line-up semalam: Alang (K), Aflan, Mus, Zaffan, Acik, Jat, Ownz, Din, Own, Aiman, Bad.
Utk pusingan ke-2, HKC sebagai naib juara Group F akan bertemu dgn Juara Group H, Maybak, sebuah pasukan yang mantap. Namun dalam saingan peringakat kalah mati ini, apa-apa boleh berlaku dan insyaAllah, HKC LK akan bermain mati-matian untuk sekurang-kurangnya memberi saingan hebat kpd Maybank!~Bob Sharel (Manager)
-
March 27th, 2009Uncategorized -

HKC Lembah Klang telah menyertai kejohanan Futsal Bandar Tun Razak Cheras pada 8-3-2009 iaitu. Dalam Kejohanan ini HKC menghantar 3 Pasukan Futsal HKC Otai, Muda dan Junior
HKC Otai kandas diperingkat kumpulan
HKC Junior kandas di Suku Akhir
HKC Muda kandas di Separuh Akhir
Dengan keputusan ini, HKC Muda mendapat tempat ke 4 dan pulang tanpa sebarang hadiah kemenangan. Namun begitu semangat yang ditunjukkan oleh ketiga tiga pasukan futsal HKC lembah klang amat lah baik dan wajar diberi penghargaan
Tags: Bolasepak, Futsal -
March 26th, 2009Makan-MakanSempena penglibatan HKC Lembah Klang dalam Liga Futsal Belia Kebangsaan Edisi Pertama 2009, Pihak HKC telah menjemput Coach Kedah, Saudara Azraai Khor Abdullah untuk bersama sama meraikan pemain-pemain futsal HKC serta memberi kata-kata peransang dan semangat untuk mengharungi kejohanan tersebut. Majlis tersebut diadakan pada 20 Mac 2009 Jam 9.00 Malam berakhir Jam 11.00 Malam
Pihak HKC Lembah Klang khususnya mengucapkan terima kasih melalui pemberian cenderahati sebagai menghargai kesanggupan Coach Azraai untuk datang dari Seremban sempena perlawanan Liga Super Kedah bertemu Polis di Stadium Paroi
Sesi soal-jawab mengenai prestasi dan perkembangan pasukan Kedah juga diatur. Pelbagai cerita menarik dari mulut coach sendiri diwar warkan dan menafikan banyak perkara yang menjadi desas-desus/khabar angin sebelum ini.
[Regards: qfirdaus]
Tags: Makan-MakanKepada semua player Futsal HKC LK anda DIMESTIKAN hadir ke sesi di atas dan kepada semua geng futsal & bolasepak HKC LK serta rakan2 HKC LK yang lain anda dijemput sama2 turut memeriahkan majlis di atas:-

Tarikh: 20hb Mac 2009 (Jumaat)
Masa: 9.00 malam
Tempat: Bilik Serbaguna, Pusat Kejiranan Presint 9, Putrajaya.
Acara:9.00 mlm -ketibaan pemain Futsal HKC LK di LFBK, geng futsal & bolasepak HKC LK serta geng HKC LK yang lain
- ketibaan coach Azraai
- bacaan Doa
- Kata-kata aluan Pengerusi majlis, Matjan
- Ucapan ringkas wakil HKC sdr Saiful
- Ucapan ringkas wakil HKC LK, Noddy
- Ucapan ringkas Pengurus team Futsal HKC LK, Bobsharel
- Ucapan drpd Coach Azraai
- sesi soal jawab
- sesi bergambar
- sesi makan/ sembang santai
- bersuraiPakaian:
Pemain Futsal LFBK: Jersey pasukan & track bottom hitam
Geng HKC LK: baju rasmi HKC/jersey/t-shirt hijau kuning…Harap Maklum.
Terima Kasih. -

Kepada semua, gambar gambar diatas masih belum lengkap dengan jumlah sebenar ahli Pasukan tidak dapat di tangkap kerana masalah teknikal dan sebagainya
-
March 26th, 2009UncategorizedSalam…HARAP MA’ALOM BAHAWA AKU BARU DPT CALL DRPD MGR TEAM CELCOM MINTAK FRIENDLY GAME DITUNDA LAIN KALI ATAS ALASAN PADANG MSN FULL…SO DEPA MINTAK MAIN NEXT TIME…SORRY.
p/s- kita dah try bagi alternatif padang lain iaitu di Pdg Pudu Ulu…namun Sabtu ptg dah full termasuk Ahad ada tournament. So padang tu hanya available Sabtu pagi…Mgr CELCOM menolak utk bermain Sabtu pagi….dan player kita pun payah jugak kot…so next time la no…- apapun arul tgh ejas pdg UTM…kalau dpt kita inform semula…
Pengurus: Bob_sharel
-

“Berjuanglah Sejiwa Murni”
HKC Lembah Klang akan mengadakan perlawanan persahabatan menentang Celcom. Semua warga HKC dari lembah Klang dan kawasan sekitarnya dijemput hadir. Yang mana-mana jauh dan berkesempatan juga dijemput hadir.
Semoga kemenangan menjadi azimat untuk kejayaan pasukan HKC lembah klang seterusnya memberi semangat untuk perlawanan dalam Liga Futsal Belia Kebangsaan 2009
Tags: Bolasepak, Futsal -

KALAH PUN TAHNIAH?

Salam…jgn melenting bila tgk tajuk di atas? Saja tiru tajuk dlm paper KOSMO 2,3, hari lepas yg berbunyi PEMAIN KEDAH HARUS DIPUJI? dan taju sebelum tu KALAH PUN PUAS HATI?
Saja nak bagitau situasi selepas perlawanan ke-2, LFBK yg berlangsung jam 2 ptg tadi….macam situasi team Kedah la jugak tatkala tewas 0-1 dgn Chomburi FC baru2 ni…Memang level antara team futsal HKC LK dan team PIC 09 tak sama berdasarkan reputasi dan realitinya. Namun semangat juang yg tinggi tatkala berita perkhabaran yg agak merunsingkan team semalam diterima apabila seorang player U-20 HKC LK, Syamil tidak dpt bersama pasukan kerana terpaksa balik ke Kedah kerana datuknya kembali keRahmatullah…Al-Fatihah. Read the rest of this entry »
Tags: Bolasepak, Futsal -
March 24th, 2009BolasepakSalam semua….Alhamdulillah kita dah lalui & harungi game pertama LFBK semalam menentang Kelab Sukan Belia Puchong (KSBP) yang berkesudahan dengan keputusan SERI 2-2.
Lepas game, mmg aku sendiri sedikit terkilan dan rasanya semua player, mgmt & supporters HKC LK agak kecewa walaupun kita tak kalah, namun keputusan seri tersebut seolah-olah seperti game Liga Super di Paroi musim lepas di mana Kedah dah lead 1-0 sampai nak habis game, namun jaringan pemain import NS pada waktu kecederaan, membolehkan NS berkongsi mata dgn Kedah. Penyokong NS meraikan keputusan seri tersebut seolah-olah merekalah yang menang! Namun amat perit dan pedih bagi Kedah ketika itu….
Itulah senario yg sama berlaku semalam…HKC LK berjaya mendahulu dengan jaringan Aflan pada minit ke-10 permainan, namun disamakan oleh KSBP pada penghujung babak pertama. Barisan utama HKC LK semalam adalah Alang, Aflan, Mus, Zaffan & Syamil (U-20). Bermula dengan baik, HKC LK sebenarnya mempunyai beberapa peluang menarik namun gagal disempurnakan dengan baik. Sedikit kegopohan & faktor cuaca yg amat terik dan lantai gelanggang yg amat panas mungkin menjadi penyebab barisan pemain HKC LK seakan-akan tidak bermain seperti biasa…banyak hantaran yg kurang tepat dan gerakan yg kurang menjadi…namun dalam pertengahan babak pertama game semakin baik dan HKC Lk sebenarnya menguasai permainan ketika itu. Alang juga bertindak cemerlang dgn menyelamatkan beberapa percubaan lawan yg agak merbahaya. Read the rest of this entry »
Tags: Bolasepak, Futsal -
March 24th, 2009Futsal
Tags: Bolasepak, Futsal -

Keputusan: Menang (2-1) Penjaring: Aflan & Jat
perlawanan persahabatan petang tadi berpihak kepada HKC dengan jaringan 2-1..jaringan pertama oleh Aflan pada awal perlawanan..xtau minit keberapa..awai sangat gol tu..dok ralit sembang2 tau2 dah gol..hebat btoi HKC ni..ekeke..pada minit ke dot dot dot,gol penyamaan oleh pemain no 15 terhasil setelah perangkap offside oleh pertahanan HKC telah memerangkap diri sendiri..ekeke..
xlama lepaih tu,Aflan membuat satu hantaran cantik ke arah Jat(m.j) dan Jat melakukan aksi flying header dan hasilnya…golll..tapi dinafikan penjaga garisan kerana offside..tapi kalo ikut logik dan kamus dwibahasa,gol itu sah..xpala,referee tu geng depa..ekeke..layan saja..permainan menarik,HKC mengawal perlawanan tetapi sesekali UTM ada membuat serangan merbahaya..sebelum tamat masa pertama,Jat(m.j) sekali lagi menunjukkan kejantanannya dengan sepakan deras tepat menuju ke arah gol..hasilnya..mesti la gol,pasai keeper depa lebih kurang aku ja,xbropa nak tinggi..ekeke..
Tags: Bolasepak, Futsal -
March 20th, 2009BolasepakKeputusan: Menang (2-0) Penjaring : Lanabulu - 1 gol Din 1 gol (penalti)
Salam kemenangan semua!!!
Syukur Alhamdulillah berkat kesungguhan, semangat kental dan juang yg jitu semalam sekali lagi anak sang Kenari terbang tinggi di bumi Selangor!!!
“Harimau Dipatuk Kenari” - berita hairan..
Shah Alam- (Ahad): Skuad HarimauMalaya yang begitu sinonim dengan ngaumannya yg begitu gah sebelum ini dengan membaham rakus beberapa skuad kelab penyokong negeri-negeri seperti menewaskan Kelate.net (2-1), Selangorfc.com (3-0) dan juga meratah skuad Universiti Multimedia (MMU) (2-0) dan gah dengan rekod belum pernah tewas musim ini, akhirnya tersembam dibumi sendiri apabila dijinakkan oleh sang Kenari dengan jaringan 2-0 dalam perlawanan persahabatan di sini.
Skuad Harimau telah bersedia seawal 4.30 petang dengan dengan barisan pemain-pemain muda menampakkan kesungguhan dan ketidaksabaran mereka untuk terus menjadikan HKC Lembah Klang sebagai mangasa seterusnya. Manakan tidak dengan bermain di padang keramat mereka seharusnya hanya kemenangan yang mampu mengukir senyuman sang Harimau.
Barisan pemain HKC LK yang sampai agak lewat dan menantikan pula kedatangan pengurus, jurulatih dan cameraman yang dikhabarkan tersesat jalan akhirnya hanya sempat memanaskan badan selama 10 minit sebelum perlawanan dimulakan jam 5.30 petang. Perlawanan yang dimainkan 45minit bagi separuh masa telah diadili oleh Pengadil FAS, Mr Sathia. Read the rest of this entry »
Tags: Bolasepak, Futsal -

Keputusan: Menang (4-1) Penjaring: Jat - 3 gol hatrick (1st half) , Tat - 1 gol (2nd half)
Sekalung ribuan TAHNIAH buat HKC LK di atas kejayaan petang td dlm menundukkan Skuad TokGajah KL dengan kemenangan bergaya 4-1. Betul apa yg own ckp kita macam main dalam AFC cup sebab striker skuad TokGajah adalah dua org pak arab yg diimport khas untuk perlawanan tadi. Berdesup jugak la tapi alhamdulillah barisan pertahanan kita dapat menyerap asakan daripada dua org pak arab ni dengan begitu baik.
Muka-muka baru dalam skuad kita juga telah menunjukkan komitmen dan prestasi yang begitu membanggakan dalam pasukan. Semoga mereka dan kita semua dapat memberikan komitmen dan prestasi yang terbaik buat pasukan kita. Striker kita juga telah menemui sentuhan gol iaitu m.j (jat) yang telah meledakkan hatrik dan satu gol lagi disumbangkan oleh tat yang dimasukkann dalam separuh masa kedua. Terima kasih juga diucapkan kepada jurulatih abg zul, zurul, saiful dan matjan yang telah membantu dalam menguruskan pasukan kita. Mohon maaf daripada Tuan Manager kita kerana tidak dapat atas sebab urusan kematian saudara terdekatnya.Sekali lagi ucapan ribuan terima kasih kepada semua. Sehingga kita berjumpa lagi di ‘friendly’ yang seterusnya.Tags: Bolasepak, Futsal -
March 20th, 2009BolasepakPertama sekali semalam adalah merupakan hari yg cukup gembira pada aku….pasai:-1. HKC lembah Klang dapat tempat ke-3 Futsal Komuniti Putrajaya 2008;2. Kedah berjaya mendapat 3 mata berharga dgn megalahkan pendahulu Group B PMsia 2008, PDRM!!!Tags: BolasepakSo, tahniah kepada pemain futsal HKC lembah Klang yg berjaya dgn cemerlang dalam percubaan pertama memasuki pertandingan futsal ni…yg lebih menakjubkan barisan pemain dlm HKC lembah Klang ni tak pernah berlatih secara bersama…cuma sebelum2 ni depa ada la dok layan futsal tiap mlm minggu di ampang jika tak dak game kedah di lembah klang…itu pun dah terhenti sejak 2bulan lepas sejak tumpuan kini ke arah pembentukan team bolasepak HKC lembah klang…
Maknanya memang pemain HKC semalam, secara bidan terjun saja…apabila semasa solat jumaat lepas, aku dpt berita kematian nenek belah bini kembali kerahmatullah di k.pilah…dlm fikiran Allah saja yg mengetahui….mcmana dgn team HKC? Esok dah nak lawan? Namun setelah berfikir sejenak…aku kena juga hadir dan bersama keluarga seketika dlm waktu sebegini, justeru terus aku minta Fahmi menjadi wakil HKC utk undian yg dijalankan pada Jumaat malam…
Mungkin rezeki HKC, daripada undian tersebut, thank juga pada fahmi….dlm hati aku HKC boleh pergi ke peringkat seterusnya…
Keseluruhannya 120 pasukan, dibahagikan 40 group dgn setiap group ada 3 team. HKC berada dalam group i3:- HKC, Orkid FC, Samba teenagers. So pada awalnya aku difahamkan hanya juara setiap group akan layak ke pusingan kalah mati…
Day 1 (Sabtu)-
aku memang taktau pun yg aflan (selaku kapten) & rakan2 yg lain ajak zurul mai cover sbg pengurus…mmg aku tak terfikir masa dok kelam kabut jumaat tu…apapun tahniah & thanks tu zurul yg sanggup ambik tanggungjawab serta korbankan juga masa dia yg patutnya balik k.kangsar tak silap aku…at least mcm ayen habag…takdak la team member jadi kelam kabut…at least ada yg sponsor makan minum sikit2…hahahah…thanks zurul!!!
mcm semua dah tau group game HKC menang kedua-dua game dgn bergaya!!! seterusnya bergelar juara kumpulan dan layak secara automatik ke pusingan kalah mati..
Day 2 (ahad)
- rupanya bukan juara saja yg layak ke pusingan kalah mati, tapi juga naib juara kumpulan…tapi disebabkan HKC menjadi juara dan dengan jaringan besar serta bolos yg kecil, maka 2 kali bye yg diperolehi oleh HKC. Tak silap hanya 3 pasukan yg dpt bye mcm HKC…aku pulak dok belah bagi nak cabut ka dak dari k.pilah…pasai tahlil 3 hari…tapi pasai sora pun dah takdak…sakit tekak, demam…
so dgn alasan tu aku balik ke putrajaya utk bersama team HKC mengharungi pusingan 5…sampai dlm 2pm…alhamdullilah sempat tgk HKC….castello & wife mai sat bagi dorongan…TQ!! Aku dok risau kot2 dgn kedatangan aku pulak team start kalah…namun alhamduliilah…menang…dan memang…dan terus menang!!!!
Sampai la ke peringkat suku akhir…setelah sebelum itu HKC menang dgn jaringan gol, namun kali ini penalti menjadi penentuan!!! Masa game ni kami start decide bawa bendera hijau kuning turun….dok kibaq2 saiko keeper lawan…ternyata serangan saiko kami yg dok luar tepi court berjaya mengganggu sepakan player lawan yg terakhir…setelah kedudukan HKC mendahului 3-2….thanks to Alang (keeper) yg begitu cemerlang!!!
Di peringkat separuh akhir…HKC decide bawa turun snare & tenor yg kebetulan ada dlm kereta zurul, malangnya stick kat rumah aku…takdan balik ambik…so pakai ranting pokok je la…namun belum sempat katok…dah kena sebiji…akhirnya tewas dgn team u-18 sgor yg juga jadi juara Futsal Putrajaya semalam dgn jaringan 2-4.
Lepas game tu penganjur panggil aku suruh bincang nak main ka dah 3rd & 4th place…depa suggest kongsi duit.. RM800 (3rd) & RM500 (4th) jadi RM1300 bahagi 2 team….dpt RM650/ team, medal lambung duit nak tentu sapa 3rd place…
Bincang punya bincang….ada yg nak ambik duit terus…ada yg nak lawan…namun kata sepakat diambil…boleh kongsi duit dgn syarat kami nak medak 3rd place….aku dgn muka selamba pi jumpa penganjur & pengurus team yg kalah semi lg satu (mentibang FC)..bab setuju kongsi duit depa dah senyum…mai tang HKC minta 3rd place medal…depa tak mau…so LAWAN!!!! (sebenaqnya advatage pada HKC pasa Mentibang baru habis lawan semi…dok penat lagi)
Apalagi dgn rancaknya…drum dipalu..mengiringi HKC vs Mentibang…geng2 U-18 sgor siap mai sorak sokong HKC…siap tlg katok drum lagi…dan akhirnya…
HKC menang 1-0….dan berjaya sebagai tempat Ketiga ….membawa pulang RM800 hadiah wang tunai….2,3, kali juga la dok layan lagu Kedah…siap VIP Perbadanan Putrajaya, bukan Dato’ lagi la ayen, Tn Haji Ghani, Pengarah Pembangunan & komuniti Perbadanan Putrajaya mai dok tanya pasi team HKC…Tiba masa penyampaian hadiah….yg buat lambat dlm banyak acara, takraw, boling, badminton dll futsal dapat hadiah last sekali…memang betiu HKC team paling riuh…dgn paluan snare & tenor…bukan saja utk team HKC….siap ada team lain mintak kami main lagu masda depa dpt hadiah…riuh suasana dibuatnya…yg pasti kalau aweks cun yg dpt hadiah…lagi kuat la drum di palu!!!
Akhirnya…semua 10 pemain dan 2 org mgr (aku & zurul) dpt sorang satu medal…lega depa buat 12…ingatkan tak cukup…hahaha. Wang hadiah terus dibedak sorang sikit dan ada balance utk majlis makan2 dlm masa terdekat ni….namun yg penting komitmen, kesungguhan, semangat setiakawan yg tinggi dan semangat Kedah yg kuat aku rasa menjadi faktor kejayaan HKC semalam….Walaupun pada mulanya aku dok risau geng HKC ni nak main ka dak…pasai nama pun daftar ngam2 pada hari lasat daftar 1/7 lepas…namun ternyata HKC memang hebat!!!
Thanks juga pada rakan kita yg dah balik kg, poladeras yg menjadi tulang belakang yg dok atoq senarai nama team HKC pada awalnya….takpa nanti futsal merdeka , team HLC lembah klang akan turun….
Tahniah!!!!!
Team futsal HKC Lembah Klang!!! - Aflan, Own, Ownz, Alang, Ayen, Lie, Knight, Lanabulu, Adik Lana, EddyKKM, Zurul (acting mgr)
*bob sharel
-
March 20th, 2009UncategorizedKarnival Bolasepak Majlis Bandaraya Shah Alam merebut Piala Datuk Bandar 2008
Tarikh: 20 & 21 Disember 2008 (Sabtu & Ahad)
Venue: Padang RRI, Sg Buloh, Selangor.
Anjuran: Malis Bandaraya Shah Alam (MBSA)*dalam pertandingn ini HKC LK didaftarkan sbg An-Najah FC sempena nama syarikat optikal yg diwakili yg beroperasi di Shah Alam sebagai memenuhi syarat pertandingan.
Salam semua…
Kesimpulan drpd apa yg berlaku dalam game pagi tadi…..HKC LK tewas melawan dan tewas apda satu team yg memang deserve to win. Memang kita semua akui team MKJR yang menjadi Naib Johan bagi kumpulan D telah ditentukan bertemu HKC LK selaku Johan Kumpulan A.Ternyata 2 wakil kumpulan D yg ke suku akhir adalah pasukan yang hebat kerana kedua2nya ke separuh akhir (Penguatkuasa MBSA(Johan group D) & MKJR).
Malangnya 2 wakil kumpulan A (HKC LK & Yeos) terkandas di suku akhir…Utk pengetahuan semua, menurut organiser hasil ‘rikian’ aku, team2 spt MBSA, Penguatkuasa (Naib Juara), HNZ Network (Juara), TUDM, MKJR adalah team2 yg dah berpengalaman menyertai karnival bola ni…memang every year team2 ni la yg dok sampai q.final & semi final…
So kemunculan An-Najah @ HKC LK dlm karnival kali ni agak menggusarkan team2 lain…pasai diperingkat kumpulan team HKC LK muncul johan dgn bergaya setelah membelasah Yeos FC 5-1 (walaupun ketinggalan seawal minit ke-3 dan hanya menyamakan kedudukan 10 minit kemudian), menumpaskan Rela FC (1-0) dan kalahkan Risda FC (3-1).
Ramai yg mai riki kita team mana…syarikat apa An-Najah tu…so terpaksa la kawan2 kita cover habag kata kami wakil ‘kilang spek mata’…kekek.. Bagi aku faktor kekalahan kita 0-1 dgn MKJR sememangnya depa sebuah team yg lebih baik dari segenap posisi. Namun pemain HKC LK sendiri dlm game pertama suku akhir tu, agak ‘tak menjadi’ tak tau pasai apa…terkejut sbb kita 1st game kot…andai kata HKC LK dpt bermain sptmana ketika membelasah Yeos 5-1….aku rasa at least kita boleh seri game tu…
Apapun pencapaian HKC LK dlm kemunculan pertama kita di karnival bolasepak MBSA ni tak mengecewakan….layak ke suku akhir dah kira cukup baik!!! Yg penting satu pendedahan baru kpd semua player…so kita dpt tau kelemahan dan dpt atoq strategi latihan utk improve tang mana kurang….
Akhir kata thanks pada Conen yg bnyak bantu aku terutama mewakili aku masa undian (tgn ong ni..dpt group A..mau kata segroup dgn team HNZ…sangap jugak la… dan jugak wakil HKC LK utk sesi terima hadiah ptg tadi….dapat la saguhati RM100 kerana layak ke suku akhir!! (Cover la duit registration).
Thanks juga pada matjan & wan kitman yg mai sabtu utk support & tlg persedian team….jugak pada MrYo yg sudi mewakafkan moto dia sbg kenderaan rasmi pengurus ke khemas urusetia, player ke toilet dll urusan dlm kawasan RRI…maklumlah jauh jenoh nak jln!!! (hantaq resit minyak moto…boleh claim!..ayen, hg audit dulu no…kekeke.
Dan lastly pada semua player HKC LK!!! Komitmen hangpa semua aku kagum!! Juga pada bini2, awek dan anak2 yg pakat mai bagi sokongan padu kpd pasangan masing2….thanks jugak pada matjan & lie bizkut yg giliaq2 belanja aiskrim semasa karnival berlangsung 2 hari tu….
Next year pihak MBSA akan buat lagi dan tak akan hadkan pada org shah alam saja…so kita boleh masuk tanpa rasa was2/ tak payah kerja kilang spek mata lagi…aku rasa salah satu faktor kalah pasai tu la…tak jujur dlm percintaan…oopppss pernyertaan…kekeke. Mmg kita kena guna juga nama HKC tu baru ada ong!! Ni pakat dok jerit An-Najah!!! Go An-Najah go!! …tak sedap aaihh!!
Tadi lepas kalah semua pakat tunggu sampai selesai game2 suku akhir yg lain….dan memang kita dah jangka HNZ akan ke final…dan team yg tewaskan kita (MKJR) klh kpd team Juara…mmg kita kena terima HKC LK kena kerja kuat lagi utk capai setakok lagi dlm bola ni…4 buah keta kemdian, terus ke Sg Tua, Hulu Yam utk sesi mengkendoqkan urat2 yg tegang!!!
Selamat kembali dalam 4 petang sebelum singgah pekana nasi ayam ‘mentah’ di sri gombak…kekek
Ingat nak ramai2 pi melawat Fakhzan yg masih belum sembuh akibat eksiden baru2 ni, pasai rumah dia dah dekat…tapi malangnya telefon tak berjawab….tak jadi nak pi la…Apapun moga cepat sembuh!
Thanks to all LK HKC football team member!!!
*bob sharel
-

(Std. Pancarona, Presint 18, Putrajaya)
pada 13/12/2008, (Sabtu) 9.00 malamKeputusan: Menang (5-1) Penjaring: Aflan (’15, ‘37), naufal (’25, ‘78), Apiz ‘70)
Salam semua…
Alhamdulillah friendly game antara TV3 & HKC LK malam minggu yang lepas di Std Pancarona, Putrajaya telah berlangsung dengan baik & meriah sekali. Sedikit coretan buat tatapan semua…Aku sampai di std jam 7.45 malam bersama family & Wan (kitman)…majority semua player dah ada.
Pakat dok sepak bola dah…geng HKC yg lain pun ramai jugak dalam 20 orang dah…Saiful & family, matjan (solo), Pa’an, arip, bgzul, heads, annime, zamri, dll…
Team TV3 masa ni baru sorang saja ada…risau jugak jadi ka dak game ni?..Dlm 8.15 mlm start geng TV3 mai termasuk Tabah (Scoreboard) dan akhir sekali Abu Bakar Atan. Matjan selaku MC bidan terjun pada malam tu memang tak mengecewakan…ada saja lawak/ ayat2 dok perli TV3…Tabah & Bakar asyik dok kena saja…
Sebelum team HKC masuk ke padang, kata2 semangat telah diberikan oleh Mgr, Kapten dan juga Penasihat team HKC Lk (Saiful)…
Jam 9.00 malam pengadil dah nak mulakan game, namun ada sikit kelainan friendly game kali ni, player diminta berbaris mengadap grandstand sambil sama2 nyanyikan Negaraku dan kemudian lagu Kedah Allah selamat Sultan…diiringi snare oleh Pa’an…bangga bila kali pertama akau rasa lagu negeri kedah bergema di std pancarona, putrajaya!!
Lepas tu player diperkenalkan sorang2 oleh MC…dan kemudian kapten saling bertukaq cenderahati…disusuli pulak dgn sesi bergambaq…glamer la hangpa…pakat dok qhenyeh depan kamera..
1st eleven TV3:-
Rai (28)
Danial (21)
Tabah (12)
Jai (1) - keeper
daniel sarawak (26)
Sufri (29)
Loba (24)
Zaid (23)
Zainal (13)
Bakar (10)
Asman (17)HKC lembah Klang:-
Alang (1)
Lanabulu (2)
Pakkod (4)
Apiz @ kolajerlun (6)
Ownz (8)
Jat @ m.j.(9)
Aflan (10)
Mus @ Abgah (11)
Zaffan (12)
Own (13)
Naufal (16)Game bermula…diiringi sekali lagi oleh team drum HKC dgn lagu Biar jasa Jadi Kenangan….HKC terus mengasak awal ke kbu TV3…namun benteng TV3 agak kental…game seimbang…dalam penonton makin resah, Aflan berjaya menjaringkan gol pertama HKC dgn sepakan leret ke penjuru kanan gol TV3 dalam minit ke-15.
HKC tidak berhenti setakat tu saja… trio serangan HKC LK, Aflan, Ijat & Naufal terus mengasak lawan…namun buntu utk menambah gol sehingga satu ketika Naufal mempamerkan aksi ala2 maradona menampan bola menggunakan tangan….apa lagi kad kuning satu!!! Akhirnya hasil gerakan dari sebelah kanan gol…Aflan melorong cantik kepada NAufal yg cantik menampan bola terus ke gawang gol…HKC 2- 0 TV3 pada minit ke-25.
Selepas itu bertubi2 asakan HKC sehinggakan dua kali percubaan Aflan (min 27) dan Jat (min 28) terkena tiang yg sama di kanan gol…tamat 1st half…
2nd half, HKC memasukkan Chot & MrYo menggantikan Pakkod & Jat. Percubaan demi pecubaan dilakukan HKC…namun gagal menambah gol…akhirnya minit ke-37 kapten pasukan sekali lagi dengan tenang menolak bola dgn kemas ke penjuru kanan gol TV3 utk kedudukan HKC 3 – TV 3. baru seri…..bak kata MC…HKC baru seri….TV3 memang dah 3 dah…kekeke
Minit 45 permainan, HKC LK membuat 2 pertukaran memasukkan Ayen & Conen dan mengeluarkan Mus & Own. Naufal pula dikasari selepas itu dan digantikan kembali oleh Jat. Tamat 2nd hald dgn kedudukan HKC 3 –tV3 0.
Mulanya 3rd half, HKC mempamer aksi bak harimau lapar…terus memburu gol…sehinggalah pada minit ke-70 HKC diberi sepakan percuka di luar kotak penalty sebelah kanan dan diambil oleh Apiz. Berdesup sepakan yg diambil apiz, walupun sepakan pertama terkena benteng…melantun kembali kpd Apiz dan terus kali kedua membuat sepakan laju, padu, deras menerjah terus ke gawang….4-0 HKC mendahului…
Selepas itu HKC memasukkan kembali MrYo & Paklkod bagi menggantikan Conen & Jat. HKC terus menyerap asakan drpd TV3…yg memburu sekurang2nya sebiji gol…dan akhirnya dalam kekalutan, Tabah mendakwa ditarik Chot. Walaupun beliau sendiri pada mulanya dah ready nak ambik free kick, namun ref memberi penalty kpd TV3…kesian kot…
Bakar Atan dgn tenang menjairngkan gol saguhati utk TV3 pada minit ke-78. Naufal yg masuk bermain kembali tidak mensia2kan peluang dgn menjaringkan gol cantik melalui sepakan percuma sebelah kanan pintu gol TV3. Sepakan naufal terus menerjah jaring…..ala2 sepakan indra gitu…tak sia2 mai jauh boh 2 gol!!! Baguih2…
Namun malang tak berbau begitu jugak Alang, nasib kurang baik bila dalm usaha nak menepis bola sepakan penjuru TV3, belaga pulak kepala dgn striker depa…Alang jadi blur sat…terpaksa dipapah keluaq…Castello yg tak ready pakai jersey….pasai dok jadi kemeraman…terus masuk dgn hanya berseluaq slack dan tshirt berklolar!!!….2 minit bermain…wisel penamat dibunyikan…castello gagal memegang bola…hahaha.
Lepas game semua pemain bersalaman termasuk geng HKC Lk yg lain dgn pasukan TV3…kemudian diteruskan dengan acara penyampaian hadiah Plak Kejuaraan Bolasepak Kertas yg telah diadakan oleh HKC Lk dalam Mei lalu. Matjan yg menjadi pengurus My kenari Kids menerima plak tersebut selaku Juara 2008 daripada sdr Abu Bakar Atan.
Giliran Tabah untuk menyampaikan Piala Pusingan man of the match HKC Lk kepada Apiz yg telah sebulat suara dipilih sbg pemain terbaik game tadi…tahniah. Beliau akan menyimpan Piala tersebut sehingga friendly game seterusnya…TAHNIAH matjan & Apiz!!
Dlm 11.00 malam semua beredar meninggalkan std terus nak cari makan….namun Alang yg mengalami kecederaan terus dihantar ke Hospital putrajaya utk pastiakn keadaan dia ok…selepas selesai makan2 geng2 terus dtgbmelawat Alang di wad kecemasan, tapi kena tunggu dia belum boleh balik…akhirnya 2.30 pagi Alang dibenarkan balik setelah sedaq kembali bila mana nurse cantik cucuk tang pungkoq…haram…dasar boya!! Kakaka..
Akhir kata, aku respect kesungguhan dan komitmen semua dalam menjayakan friendly game yg memang ada class sabtu lepas..dari segi game dah tentu…menang 5-1 ternyata memberi kepuasan dan hasil yg baik setalah kita bersetuju dgn cara baru pemilihan pemain yg mewakili HKC LK…
Harap semangat dan mood kemenangan ini akan terus kita bawa dalam tournament 20 & 21 hb ni bagi merebut Piala datuk Bandar shah Alam…
Salam hormat!! k:
Tags: Bolasepak -

PERLAWANAN PERSAHABATAN DI ANTARA PERBADANAN PUTRAJAYA (PjC) VS HKC LEMBAH KLANG PADA 26HB NOVEMBER, 2008 (RABU) JAM 8.45 MALAM DI STADIUM PANCARONA, PRESINT 18, PUTRAJAYA.
Ulasan perlawanan:-
Perlawanan memang dijangka bermula jam 8.45 malam, namun ketibaan barisan pemain pasukan HKC LK yang diminta sampai di stadium dalam jam 8.00 malam, memberi ruang kepada pemain HKC memanaskan badan lebih awal dalam keadaan cuaca yang sejuk gedik…hujan masih rebas2 membasahi padang.
Pertanyaan pertama jurulatih pasukan tuan rumah, Perbadanan Putrajaya/ Putrajaya Corporation (PjC) kepada manager HKC Lk ” Hangpa tak bawak mai drum/ gendang sekali ka? Kami nak dengaq riuh tu baru syok!! Aku sekadar jawab HKC bawa gendang bila ada tournament saja…friendly game tak payah la..
Tepat jam 8.45 malam perlawanan dimulakan dengan kedua-dua pasukan masih menyesuaikan diri dengan keadaan padang yang agak licin,tapi padang ok, tak becak. HKC lebih dahulu membuat beberapa serangan awal melalui sayap kiri dan kanan. Akhirnya tanpa disangka pergelutan di kawasan kotak penalti PjC telah dipergunakan oleh Aflan dengan membawa bola ke sudut kanan gol lawan sebelum membuat hantaran silang ke kawasan gol memperdaya penjaga gol PjC yang keluar lebih awal, dengan tenang Jat menyambut baik hantaran tersebut, terus menanduk masuk gol pertama HKC dalam minit ke-2 perlawanan.
Pjc yang tersentak dengan gol awal HKC terus mengasak ke pintu gol HKC, namun kekentalan pertahanan HKC harus dipuji menyerap asakan PjC yang bertali arus terutama daripada sebelah sayap kanan mereka, bekas pemain Piala Presiden Kuala Lumpur, scinchan. namun akhirnya gawang HKC bocor juga melalui jaringan cantik pemain tersebut dari sudut sukar sebelah kanan gol yang dijaringkan pada minit ke-23.
Hujan turun semakin lebat membasahi std Pancarona, namun barisan pemain HKC terus bersemangat menentang pasukan yang digeruni di Putrajaya ini. Manakan tidak PjC merupakan pasukan yang tidak pernah tercicir daripada saingan separuh akhir setiap tahun Pertandingan Bolasepak 9-sebelah Putrajaya diadakan. PjC juga tahun ni tewas di peringkat kalah mati di tangan juara pertandingan bolasepak antara jabatan kerajaan, pasukan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) baru-baru ini. Selain daripada itu PjC bermain dalam Liga KL. Sememangnya Pjc adalah sebuah pasukan yang mantap.
Tamat 40-minit separuh masa pertama berkesudahan seri 1-1, walaupaun HKC beberapa kali juga mempunyai peluang melalui Aflan, own dan Ayen yang berpeluang menghasilkan gol. Penyokong HKC juga semkain ramai yang sampai juga trio pemain HKC yang baru sampai iaitu ownz, zafan & pakcord. Justeru kesebelasan utama sebenar HKC yang selalu menjalani latihan dapat beraksi sepenuhnya.
Pemain baru yang masuk 2nd half: Ponet, Pakcord, Zafan & Ownz.
Susunan position juga berubah dgn kemasukan beberapa pemain baru di 2nd half. 9.45 malam perlawanan diteruskan dengan menyaksikan beberapa gerakan cantik HKC yang digerakkan dari bahagian tengah. PjC juga mencuba dengan beberapa gerakan berbahaya dari sayap kanan mereka. Akhirnya gerakan cantik Aflan yang mencuri bola dan membuat serangan dari sebelah kiri gol PJC telah berjaya menjaringkan gol daripada sudut yang agak sukar. Sekali lagi HKC mendahului pada minit ke 51. Namun selang 5 minit kemudian, Pjc mebalas melalui gol yang dirembat kencang hasil pergelutan di depan gol HKC.
Pada minit ke -62, Yuz menggantikan Jat dan bermain di posisi wing kanan. HKC sekali lagi membuat pertukaran bagi memberi peluang kpd pemain simpanan yang hadir. Pa’an masuk menggantikan Ponet dan bermain sbg striker. Yuz turun bermain sebagai bek kanan. Min ke-65 own pula digantikan oleh Lie. Pertukaran beberapa pemain HKC agak menjejaskan rentak permainan, namun HKC masih dapat bertahan dengan asakan bertali arus oleh PjC.
Min ke-70 hasil sepakan percuma yang diambil oleh Lie di luar kotak penalti di sebelah penjuru kanan gol PjC nyaris menghasilkan gol, namun bola terkena penjuru tiang gol PjC walaupun keeper telah tertewas. HKC sekali lagi mempunyai peluang keemasan untuk menambah gol namun hantaran silang dari sebelah kiri gagal disambut oleh 3 penyerang
Akhirnya dalam minit ke-75 wing kanan lincah PjC sekali lagi menambah gol menjadikan kedudukan 3-2 hingga tamat permainan yang berlangsung selama 80 minit. Pemain HKC dan Pjc bersalaman selepas perlawanan. Manager HKC sempat bertemu beberapa pemain PjC selepas perlawanan dan mereka mengakui HKC boleh manjdi sebuah pasukan yang mantap. Manager juga dimaklumkan skuad PjC yang turun beraksi semalam adalah bukan 1st eleven mereka kerana beberapa pemain tidak dpt turun bermain. Namun penyerang berbisa PjC yang menjaring 2 gol turun beraksi semalam.
Selepas game, semua pemain HKC dan penyokong yg berkesempatan pakat ramai2 pi minum/makan di kedai mamak berkembar, presint 9.
Terima kasih kpd semua player HKC yang turun dari jauh, ada yg tolak OT kerja utk main game semalam, semangat betoi hangpa ni…
Kepada penyokong setia terutama Matjan (mai direct dari parlimen ni..), thanks datang…yang lain..cheyart, tshburcono,annime, Biliswira & member, zamri, wan, arip sepang, manager bola dll kawan2 yang mai…(sapa lagi tlg sambung…kot tertinggai…)…juga pada yg bawak anak, bini, aweks mai tgk….
Lastly…tahniah pada team HKC LK, aku bangga dgn komitmen, semangat & talent hangpa semua….insyaAllah lepas ni akan ada sedikti pengumuman penting berkaitan team bola HKC Lk….hasil perbincangan lepas minum2 di presint 9 semalam…untuk kebaikan dan hala tuju yang lebih baik utk team HKC LK….sambung kemdian no…
p/s- tak lupa pada otai HKC, chempiang & canaries (org PjC ni…) thanks atas info dan gambaq yg baguih dok ada…
KEPUTUSAN PENUH: PJc (3) HKC LK (2) …takpa tewas melawan….at least tak la kena berjaras….
*bob sharel
Barisan pasukan HKC Lembah Klang yang hadir sebelum perlawanan:-
Berdiri dari kiri: Castello (2nd keeper), Own (Bek kanan), Lanabulu (Bek tengah), Apiz (Lastman), Liebizkut (striker simpanan), Conen (wing kanan), MrYo (striker), Jat (Midfield), Ayen (wing kiri), Bobsharel (Manager).
Duduk dari kiri: Wan (kitman), Yuz (simpanan), Pa’an (asst mgr/striker simpanan), Chot (midfield), Alang (keeper), Abg Zul (Bek kiri), Aflan (kapten/ striker), Zam (simpanan)
Tiada dalam gambar: Ownz (midfield), Zafan (midfield), Pakcord (Bek kiri), Ponet (Bek kanan).
Tags: Bolasepak -
March 20th, 2009Uncategorized
Assalamualaikum w.b.t
1st of all CONGRATULATIONS to HKC. Terima kasih yg teramat sgt bt rakan-rakan seperjuanganku yg bertungkus lumus dlm menempa kejayaan yg terindah semalam. Kejayaan xkan dtg dgn mudah klu x diusahakan. Usaha yg kita semua lakukan semalam cukup bermakna dan dibalas dgn sebuah kemenangan yg berharga. Walaupun sekadar berada di Tempat ke-3 tp kejayaan pasukan yg baru dibentuk spt kita harus & patut dibangga-banggakan sama sekali.
Walaupun byk halangan yg kita hadapi sebelum perlawanan (player x cukup sbb ada yg tarik diri pd saat2 akhir) tp kita ttp teruskan jua perjuangan kita. Terima kasih bt Mus, Syukor & Zaffan walaupun mereka 1st time bermain dgn kita HKC tp mereka memberi sepenuhnya komitmen kpd pasukan kita. “Jersi yg disarung, Tanggungjawab yg ditanggung”
TAHNIAH! Terima kasih teramat sgt. Ribuan terima kasih juga bt Bob Sharel, MatJan & Paan selaku pihak pengurusan utk team HKC yg bertungkus lumus menjaga kebajikan pemain-pemain HKC. Tanpa Pengurusan yg berkaliber spt depa nih mungkin kejayaan yg kita tempa semalam xkan menjadi nyata. Terima kasih juga bt para penyokong especially MatJan yg x henti2 dok bg sokongan kt kami.
Kami hargai sgt2 sokongan & jeritanmu itu MatJan dan juga kpd penyokong2 yg hadir (minta maaf x dpt sebut nama sbb ramai sgt) yg x jemu2 memberi sokongan bt pasukan kami. Hanya kejayaan yg dpt kami balas atas semua itu. Semoga kita bertemu di lain ‘kejayaan’. Nantikan kejayaan kami di alor star…
Insyaalah. Amin!-kapten HKC
-
March 20th, 2009Uncategorized
1. Kejohanan Bolasepak 9-sebelah Tertutup Putrajaya 2008 merebut Piala Presiden:Tarikh: 2 & 3 Ogos 2008 (Sabtu & Ahad)
Venue: Std Pancarona, Presint 18, Putrajaya
Anjuran: Perbadanan Putrajaya……………………………………………………………………………………………………………………………………………………….
Salam semua!!!Syukur Alhamdulillah!! (ayat2 azrai…hehe)..semalam sekali lagi Putrajaya menjadi saksi kejayaan HKC kali ini, team bola HKC lembah Klang bagi tahun 2008 ni….
Kalau sebulan sudah, team futsal HKC Lembah Klang mengukur nama di Putrajaya, semalam pasukan bola yg hanya dibentuk kurang 2 bulan, telah mampu mengejutkan beberapa pasukan ‘regular’ dalam Kejohanan Bolasepak 9-sebelah Piala Presiden Putrajaya yang dah masuk edisi ke-6.
Harus diingat, HKC tewas diperingkat separuh akhir pada team Bakawali (Hospital Putrajaya) yg memang telah menyertai kejohanan yg sama sejak 5 tahun yg lepas & akhirnya semalam muncul sebagai juara kejohanan (kira klh pada team jora la HKC). Berbanding penyertaan julung kali HKC semalam, kedudukan temapt ke-3 adalah satu kejayaan luar biasa bagi aku!!!
Kalau tanya geng2 dok main bola di putrajaya la ni…orang dah tau, atau dah kenai dgn team HKC, sekurang2nya depa tau ni team paling sporting yg dok buat riuh masa tournament futsal & 9-side semalam….Mana tidaknya, dgn drum hkc, suasana meriah tercetus….dgn sorakan emosi Matjan yg 2 hari turun memberi sokongan sbg pakar motivasi team HKC LK…hahaha.
Yg aku perasan, geng HKC tak dak dok cari pasai dgn mana2 team, dan dgn pendekatan rendah diri, mesra harmoni dgn semua team hatta team yg kita kalahpun dok tepuk bahu lagi….itulah sebab utama, pihak penganjur, referee dan banyak team lain selesa dgn kehadiran HKC di Putrajaya!!!
Akhir kata, aku nak ucap terima kasih dan bangga aku dgn semangat, kerjasama semua pemain HKC A & B , geng HKC yg mai sokong pasai ada yg tak dan main pasai kerja mcm fakhzan, lanabulu…dll, matjan & supporters….(kesian anak dia sampai ngantuk nak balik)…castello yg sudi meminjamkan glove’ keeper dia pada alang…sanggup mai hantaq dlm keadaan bini dok tunggu masa…
Tahniah pada 1st team & 2nd team…(salute hangpa tak mengalah awai, hingga penentuan penalti)…dan pada Pa’an pasai dok ikut aku pi bangkang keputusan pengadil masa terus nak lambung syiling lepas penalti terikat 4-4…Saja aku pi gegaq nak penganjur tunjuk peraturan bertulis pasai tu…akhirnya depa akur dgn permintaan kita utk bagi keeper sama keeper sepak….namun kedua2 keeper sepak x masuk!!!!
Nasib kita baik, pasai Kapten (Aflan) pilih kuning….so lambung syiling kita menang!!!!!! (Masa tu pakat riuh mcm menang juara…kekek) tapi still sporting dgn team Izam Ayam (geng kedah jugak)..
Pasai wang hadiah semalam…RM900 yg diterima, semua player kita bagi advance duit raya sorang RM50, yg balance RM300 kita cover duit makan pizza semalam…tak silap utk semua player & penyokong dlm 35 orang…takpa yg tak cukup sudah dibereskan…
Sayang matjan tak dpt tunggu sama2 melahap di Pizza semalam… kalau tidak lagi riuh & gamat la pizza hut semalam…customer lain pakat dok tgk gelagat geng HKC semalam…lawak2!!!
TAHNIAH PASUKAN BOLASEPAK HKC LEMBAH KLANG A & B!!!!
HKC LEMBAH KLANG MENGUKIR NAMA DI PUTRAJAYA - Buletin Kenari edisi ke-2…hehehe
*bob sharel

Recent Comments